Untuk tambahan mail to : lramli@pc.jaring.my Telah dicuba dan di type semula oleh Suzanah
Create by Laily Ramli.
Rendang Tok (Perak)
Bahan2 nya :
1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul
3 biji kelapa parut, 1 biji dibuat kerisik.
3 sm halia
2 sm lengkuas - dikisar hingga halus.
3 batang serai
dimesin
30 sen cili kering
300 gm bawang merah
4 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 sm kulit kayu manis
2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak.
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan.
Sekeping gula melaka kecil.
Garam secukup rasa.
Cara membuatnya.
Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak
dua mangkuk besar.
Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik
bau. Kemudian masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa
yang telah dipotong kecil besama daging. Biarkan mendidih.
Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat,
baru masukkan kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering.
Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih.
Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan
daun salat dan cabai masak.
Goreng setenggah biji kelapa untuk jadikan kerisik. Cili kering, lengkuas,halia,kunyit
hidup, serai dan 10 biji bawang kecil dikisar sampai halus
Tumiskan bahan kisaran cili dalam periuk yang dipanaskan dengan dua camca
minyak sapi. Masukkan 2 kuntum bunga lawang, 5 biji bunga cengkih, kulit
kayu manis dan 5 biji buah pelaga.
Masak dsampai pecah minyak dan sampai wangi baru masukkan ayam. Kemudian
setelah 20 minit waktu air kelihatan sedikit kering barulah tuangkan santan
diikuti daun limau purut dan daun kunyit. Kemudian masakkan di atas api
perlahan sampai empuk barulah masukkan kerisik. Garam dimasukkan. Gula
merah jika ada yang sukakan manis.
Udang digaul dengan air limau dan garam, cili hijau, cili merah ditumbuk
kasar, bawang dihiris tomato dibelah empat, panaskan minyak masukkan udang,
Setelah masak angkatlah udang.
Tumis bawang besar, agak masak kemudian masukan cili ditumbuk, gaul rata
dengan api sederhana. Apabila berminyak masukan udang yang sudah digoreng
tadi. Gaul rata sebelum diangkat masukkan tomato dan hidangkan.
Kedua beras dan pulut dicampur rata. kemudian direndam selama 1 malam atau
8 jam. Bawang
merah, bawang putih dan hali diracik dan dicampurkan dengan halba.
Kelapa ambil intipatinya
sahaja kira-kira 2 atau 2 1/2 cawan. Masak santan dengan gula dan garam
sampai mendidih. Beras
yang direndam ditoskan dan dikukus sampai amsak. Diangkat dan dikacau
nasi tadi dengan santan
yang dimasak dan juga bahan-bahan yang diracik tadi. Dikukus sekali
lagi sampai menjadi lembut
dan berminyak.
Pukul mentega dangula hingga kembang dan ringgan. Kaup balikkan tepung
dan kacau sehingga sebati. Masukkan apple puffs, kismis dan ceri.
Aturkan cawan kertas ke dalam acuan. Sudukan adunan tadi ke dalam cawan
kertas. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 160c selama 7 hingga 8 minit atau
hingga kekuningan. Keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan selama 20 minit
sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Pukul mentega dan gula hingga ringan dan kembang. kaup balikkan tepung
dan serbok koko. masukan conflakes dan kelapa goreng.
Letak doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan sedikit tepung.
Ulikan doh hingga lembut. Canai doh menjadi 1 cm tembal. Terap doh dengan
acuan bulat berukuran 3 cm. Letak diatas dulang pembakar yang telah digresekan.
Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 12 minit hingga 15 minit ,
sejukkan .
Sementara itu dalam mangkuk, kacau bahan aisin hingga sebati dan licin.
Kemudian sapu rata keatas biskut hias dengan conflakes.
Simpan didalam peti sejuk dalam bekas yang kedap udara setiap masa.
Campur kesemua bahan A dalam mangkuk adunan. Dalam periuk, cairkan mentega
dan madu diatas api yang kecil hingga sebati. Campurkan asen vanila dan
susu sejat.
Tuang campuran mentega kedalam campuran bahan kering. Masukan telur, kacau
rata. Alihkan kedalam acuan 4 persegi berukuran 18 cm yang telah digiris
dan ratakan adunan. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 20 minit
atau hingga kekuningan. Biarkan sejuk.
Sementara itu cairkan mentega dengan minyak masak dalam periuk berkembar
atas api yang kecil. Kacau sehingga coklat cair
Jika menggunakan coklat masakan putih , buat corak diatas coklat . Biar
coklat beku sebelum dipotong.
Ayak bersama bahan A. Masukan nestom. Pukul mentega dan gula hingga
ringan dan kembang. Masukan telur dan asen . Kaup balikan bahan kering
dan coklat rice, gaul sebati
Letak sedikit tepong pada tangan dan buat bebola doh tadi. Letak bebola
ini di atas dulang pembakar yang telah digriskan. Jarakkan 4 cm antara
satu sama lain. Gunakan hujung garpu dan tekan bebola doh menjadi 5cm tebal.
Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 10 minit sehingga kekuningan.
Sejukkan .
Hias biskut dengan coklat masakan cair. Simpan dalam bekas kedap udara
dalam peti sejuk setiap masa.
Ayak bersama bahan A, masukan bijirin neston dan parutan kulit lemon. Pukul
mentega dan madu hingga kembang. Kaup dan balikkan bahan kering bersama
mentega dan madu yang telah menjadi kering. Gaul rata sehingga menjadi
doh sebati
Letak doh diatas papan pencanai yang sedikit tepung dan uli sehingga lembut.
Canai doh 3mm tebal, terap dengan acuan bulat bergerigi berukuran 3cm.
Letak diatas tin pembakar yang telah digres bakar dalam ketuhar bersuhu
180c selama 10 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan.
Celup setiap biskut dalam coklat cair, goyang sedikit untuk membuang coklat
yang berlebihan . Hias dengan coklat urai pelangi
Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk setiap masa.